Perhatian: Ada sedikit kebakaran, harap maaf jika ada kelewatan production

Pengilang OEM Jenama Sendiri Herba, 
Terbesar Di Malaysia.

FAQs - Soal Jawab

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Izie Herbs Resources?

Kami adalah pengilang & perunding OEM produk kesihatan, kosmetik & makanan. Khidmat yang ditawarkan bermula dari secara menyeluruh dari penyediaan formulasi hingga produk siap. Rujuk Utama.


Apakah kelebihan kilang Izie Herbs Resources berbanding kilang lain?

- Satu-satunya kilang yang boleh keluarkan kuantiti order yang rendah iaitu 100 unit dan adakalanya 50 unit sahaja.

- Boleh buat secara online / whatsap tanpa perlu berjumpa. Langkah buat produk yang mudah.

- Variasi custom made yang berbeza ikut kehendak pelanggan untuk elak produk yang sama di pasaran. Oleh itu produk ready made jarang kami sediakan.

- Lulus semua syarat perlesenan & pensijilan.


Bagaimana cara tempah sampel berbayar & tempah produk sebenar? 

Sila rujuk bahagian Promosi & sila baca Polisi.

Tempahan produk sebenar dilakukan selepas mencuba & bersetuju dengan sampel.


Kenapa proses siapkan sampel lebih lama berbanding proses buat produk sebenar? 

Sampel custom made memerlukan formulasi, bahan & proses yang baru. Tempahan sampel yang kami terima juga semakin banyak & Queue (gilirannya) sentiasa bertambah.  Ini menyebabkan masa yang lama untuk sampel siap iaitu 2-12 minggu timeframe berbanding pengeluaran produk sebenar 2-6 minggu.

Kami cuba kurangkan masa menunggu dengan menambah bilangan pekerja bahagian sampling pada masa akan datang.


Bagaimanakah cara untuk cepatkan sampel?

Bayar terus 50% untuk buat produk sebenar (Langkah kedua). Lakukan bayaran untuk sampel (Langkah pertama). Sila rujuk Promosi.Sampel akan disiapkan dengan lebih cepat untuk anda cuba dahulu hingga berpuas hati. Rujuk Polisi sampel.


Bolehkah buat produk dari bahan-bahan & formula saya sendiri?

Boleh, tapi bahan-bahan tu kami yang akan sediakan berasaskan formula anda. Sila rujuk Polisi.


Boleh tiru produk yang lain yang dah ada di pasaran?

Boleh tapi biasanya takkan 100% sama sebab biasanya maklumat bahan di label tak sepenuhnya sama dengan apa yang dimasukkan dalam produk atau sebab pembekal bahan mentah yang berlainan. Kena hantar produk & maklumatnya kepada kami. Tiada jaminan produk boleh ditiru. Rujuk Polisi sampel.


Kenapa produk sampel dengan production sebenar ada sedikit berbeza?

Sampel adalah bancuhan tangan, production sebenar melalui mesin.


Kenapa repeat order produk saya berbeza rasa dengan produk sebelum ini?

Biasanya ia disebabkan oleh pengaruh pembekal bahan mentah yang berbeza walaupun bahan mentah yang ditempah adalah sama.


Bolehkah saya mengambil gambar produk saya yang sedang diproses di kilang?

Tidak boleh. Sila rujuk Polisi.


Cara Bayaran dan nombor akaun?

Boleh bayar tunai, bank in atau check atas nama:

- IZIE HERBS RESOURCES       - Emel: [email protected]

- Maybank: 553010607647        - CIMB: 8602427839                   - Bank Islam: 03018010164535


Penghantaran menggunakan syarikat apa & tempoh masa yang diambil untuk sampai?

99% melalui CityLink. 1-3 hari bekerja untuk semenanjung, 2-5 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak


Adakah harga produk promosi lebih mahal untuk tempahan seterusnya?

Biasanya harga adalah sama ikut promosi juga walaupun promosi telah tamat.


Kenapa yang 100 unit produk promosi mahal?

Kuantiti kecil sebabkan kos overhead pemprosesan kilang tinggi. Biasanya kilang pun tak untung, tapi kuantiti kecil ini khas untuk menolong peniaga baru.

Promosi disertakan bersama dengan pensijilan & perlesenan asas.

Untuk dapatkan harga lebih murah, kena order lagi banyak kuantiti produknya. Rujuk Promosi.


Bolehkah saya borong produk dalam bentuk kilo? Contohnya 13 kg krim siang.

Kami tidak lagi menjual produk (majoritinya) secara borong per kg.


Saya ada produk sendiri, boleh pihak syarikat tolong daftarkan NOT atau MAL?

Kami tidak mendaftarkan produk yang dibuat tanpa melalui kilang kami. Rujuk polisi.


Produk apa yang kilang ni tak buat?

Bedak, maskara, bedak compact, lipstik (dalam proses R&D), minyak wangi (R&D), pomade (hold production), set bersalin & minuman khusus untuk harian.


Produk yang dibeli boleh dipulangkan & wang dikembalikan?

Tidak boleh. Rujuk polisi.


Ada testimoni produk?

Tiada sebab testimoni produk berdasarkan jenama produk. Kena cuba sampel berbayar dahulu.


Kualiti kotak dan stiker?

Secara asas finishing kotak adalah gloss atau matte laminate manakala stiker adalah mirror coat, gloss white & transparent. Rujuk Asas. Jika tempahan kotak & sticker adalah 1,000 unit dan keatas boleh pilih finishing, mock up, proses & kualiti bahan yang berbeza.


Boleh saya dapatkan maklumat mengenai jenis, harga & tempoh berkaitan perlesenan & pensijilan yang ada?

Rujuk Asas.


Bolehkah kami ke pejabat Izie Herbs untuk berbincang?

- Boleh, tapi kena buat appoinment dahulu untuk kami atur jadual. Perjumpaan waktu pejabat sahaja 9 pagi - 6 petang. Rujuk Hubungi.

- Kalau perkara atau persoalan simpel sahaja, boleh whatsap dahulu untuk elak pembaziran masa anda.

- Miliki Produk Jenama Sendiri Serendah RM1500.
- MOQ Serendah 50 unit.
- Penghantaran Percuma.
- Tiada caj GST.
- Grafik @ Pereka Grafik Disediakan.
Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib