Perhatian: Ada sedikit kebakaran, harap maaf jika ada kelewatan production

Pengilang OEM Jenama Sendiri Herba, 
Terbesar Di Malaysia.

Perlesenan & Pensijilan

Perkara /
permohonan
 Kos
Tempoh
proses
tempoh sah
lesen / sijil
kos peRbaharuI & TEMPOH SAH
MAL
RM3500
2.5 Tahun
5 Tahun
 RM650 - 5 Tahun
NOT
RM500
 2 Bulan
2 Tahun
 RM300 - 2 Tahun
Halal
RM500
18 Bulan
2 Tahun
 RM250 - 2 Tahun
Pengkelasan
Makanan
RM800
18 Bulan
-
 -
Fakta Nutrisi
RM500
2 Bulan
6 Bulan
  RM450 - 6 Bulan
KKLIU
RM250
3 Minggu
2 Tahun
  RM200 - 2 Tahun
Sijil Indikasi
RM200
1 Tahun
5 Tahun
  RM100 - 5 Tahun
IPO Trademark
RM3200
9 Bulan
10 Tahun
 RM650 - 10 Tahun
GMP
RM600
2 Bulan
-
-
HACCP
RM400
1 Bulan
-
-
MESTI
RM200
1 Bulan
-
-
Barkod
RM150
1 Minggu
-
-
Meditag
RM0.05
per unit
  -
-
-

Petunjuk Ringkas:

1. Produk ubat-ubatan yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. (wajib)
2. Produk kosmetik atau kegunaan luaran yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran NOT. (wajib)
3. Logo Halal dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN (pilihan)
4. Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM. Produk makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Pengkelasan Makanan (pilihan) dipantau oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Jika pendaftaran tidak lulus, duit akan hangus.
5. Fakta Nutrisi adalah zat-zat yang terkandung dalam sesuatu produk makanan atau minuman. Pendaftarannya adalah pilihan dan kurang popular.
6. Iklan ubat-ubatan atau produk yang ada MAL perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU) dan akan diberikan nombor kelulusan. (wajib jika hendak beriklan)
7. Sijil indikasi pada produk ubat-ubatan diperlukan untuk memohon kelulusan iklan. (wajib untuk iklan)
8. IPO adalah hakcipta trademark atau jenama anda. (pilihan)
9. GMP adalah kelulusan / lesen untuk membolehkan kilang keluarkan produk ubat-ubatan.
10. HACCP berperanan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal bahaya yang signifikan kepada keselamatan makanan.
11. MeSTI mengambil kira pematuhan EKS pada peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang merangkumi insfrastuktur, pewujudan program jaminan keselamatan makanan (PJKM), pematuhan pada penggunaan aditif & standard serta pematuhan pada pelabelan produk.
12. Barkod ialah kod angka & garis-garis untuk memasukkan data produk ke dalam komputer.
13. Meditag adalah sticker hologram yang ditampal pada pembungkusan ubat yang berdaftar.
Nota:
1. Harga MAL diatas adalah untuk produk tradisional (kelas T & TC) sahaja. Harga adalah berlainan untuk bahan-bahan moden yang dikelaskan bukan tradisional (Non-scheduled Poisons) seperti Collagen & Glutathione (kelas X).

2. Faktor-faktor yang melambatkan Tempoh Proses adalah:
  • Nama atau rekabentuk produk tidak tepat.
  • Ada bahan yang meragukan dalam produk.
  • Kualiti bahan & keberkesanan produk rendah.
  • Terlalu banyak tuntutan perubatan atau tuntutan seakan-akan untuk penyakit kronik.
  • Menunggu giliran yang banyak.
  • Masalah 'server down' atau perlahan.
Perhatian:
1
. Mengikut undang-undang, MAL diwajibkan ke atas:
  • Produk berbentuk kapsul, softgel & minyak urut (bergantung pada klaim & bahan).
  • Sebarang produk yang mempunyai tuntutan perubatan.
2. Semua produk kecantikan (kegunaan luaran) atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
3. Produk makanan & minuman adalah dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Ia dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk kategori makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan.
- Miliki Produk Jenama Sendiri Serendah RM1500.
- MOQ Serendah 50 unit.
- Penghantaran Percuma.
- Tiada caj GST.
- Grafik @ Pereka Grafik Disediakan.
Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib