Perhatian: Ada sedikit kebakaran, harap maaf jika ada kelewatan production

Pengilang OEM Jenama Sendiri Herba, 
Terbesar Di Malaysia.

Polisi

Anda dikehendaki memahami polisi syarikat kami sebelum berurusan dengan kami agar tidak timbul sebarang masalah:


  1. Deposit pendahuluan, apa-apa bayaran & barang yang telah dijual atau dibuat tidak boleh dikembalikan semula.
  2. Disyorkan tempah & mencuba sampel berbayar dahulu sebelum membuat produk yang sebenar.
  3. Deposit pendahuluan 50% dari jumlah bayaran dikenakan jika setuju untuk membuat produk. Baki 50% lagi dibayar setelah produk siap & sedia untuk dipos.
  4. Harga produk & perkhidmatan di dalam website ini bukanlah harga terkini. Harga mungkin berubah-ubah mengikut harga semasa pasaran bahan mentah, jenis bahan mentah, kos overhead kilang, kos perkhidmatan dan kuantiti produk yang diminta.
  5. Bahagian Promosi terhebat hanya untuk produk tertentu dan sah untuk tempoh tertentu sahaja selagi stok masih ada.
  6. Pihak kami tidak terlibat dalam sebarang promosi jualan produk pelanggan yang telah siap.
  7. Gambar-gambar kilang, pekerja, alatan pengilangan dan cara proses tidak dibenarkan diambil.
  8. Kami tidak melantik sebarang ejen atau orang tengah untuk mengambil tempahan daripada pelanggan.
  9. Sebarang maklumat mengenai pelanggan, produk, bahan-bahan dan formulasi yang menjadi milik pelanggan adalah dirahsiakan.
  10. Pihak kami berhak menggunakan khidmat pihak ketiga dalam urusan pensijilan & perlesenan jika perlu tanpa merujuk pada pemilik produk. Syarikat pihak ketiga biasanya mempunyai kelengkapan & sijil-sijil  yang mencukupi untuk urusan perlesenan berbanding syarikat milik pelanggan.
  11. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerugian produk akibat perubahan undang-undang baru oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
  12. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan produk akibat dari penghantaran oleh syarikat kurier.
  13. Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu produk biasanya 2-5 minggu selepas rekaan grafik produk siap, tidak termasuk tempoh permohonan perlesenan dan pensijilan. Jadual maklumat mengenai tempoh perlesenan & pensijilan sila rujuk Asas.
  14. Untuk kes tertentu seperti produk gagal disiapkan, bayaran ganti balik (refund) akan diberi setelah ditolak kos perkhidmatan kami untuk sediakan produk. Bayaran ini tidak termasuk kos menunggu anda, kos lantik pengedar, kos promosi dan lain-lain kos yang tidak melibatkan kami. Bayaran ini tidak melibatkan kes seperti ada sedikit kelainan pada produk yang anda tempah akibat pembekal atau bahan mentah yang berlainan (bahan sama cuma tempat atau pembekal berlainan).
  15. Untuk produk custom made: Jika ada sedikit lebihan bancuhan, anda kena ambil semuanya pada kos yang baru. Contoh anda order 100 botol produk, tapi kami terpaksa keluarkan 109 botol akibat lebihan bancuhan, maka anda kena ambil semua 109 botol. Lebihan 9 botol tu akan dicaj semurah yang mungkin. 
  16. Khidmat pereka grafik disediakan secara percuma untuk semua produk.
  17. Kotak karton disediakan percuma untuk penghantaran.
  18. Caj tambahan RM100-RM200 akan dikenakan untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak bergantung pada jenis & kuantiti produk.
  19. Finishing & mockup untuk kotak & sticker ditentukan oleh kami jika kuantiti tempahan adalah kecil. Rekaan grafik ditentukan oleh pemilik produk melalui nasihat kami.
  20. Demi melindungi produk kami dari ditiru, kami berhak merahsiakan sesetengah bahan dengan cara-cara tertentu yang tidak melanggar undang-undang.
  21. Untuk repeat order produk, harganya akan sama atau lebih rendah sedikit (kuantiti moq yang sama) dari tempahan yang pertama.
  22. Kami tidak mendaftarkan produk buatan sendiri atau dari kilang lain.
  23. Kami tidak menerima bahan mentah dari pihak luar atau pelanggan
  24. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku masalah apabila anda berurusan dengan pihak ketiga yang kami senaraikan. Contohnya pembekal & pengilang botol.
  25. Boleh tempah produk terus tanpa beli atau membuat sampel, tetapi tiada ganti rugi jika anda tidak berpuas hati dengan produk tersebut.

Polisi Untuk Sampel

  1. Semua sampel adalah berbayar, harga purata RM50-60 bergantung pada jenis & kuantiti produk.
  2. Sampel ready made (produk sedia ada) boleh diterima dalam masa 7 hari bekerja. Stok Ready Made bergantung pada siapa cepat dia dapat.
  3. Sampel Custom Made (produk baru, bahan & tujuan khasiat ditentukan oleh anda) siap dalam masa 2-12 minggu bergantung pada queue & stok bahan mentah.
  4. Bayaran & Sampel yang telah dibuat / dijual tidak boleh dipulangkan.
  5. Caj tambahan RM10 akan dikenakan untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak.
  6. Bayaran ganti balik (refund) akan diberi jika jika sampel yang diterima tak mencukupi, sampel tak siap dalam masa yang ditetapkan atau kami gagal (tak berjaya setelah cuba banyak kali) buat produk. Bayaran ini hanya melibatkan kos yang anda bayar untuk buat sampel, tidak termasuk kos menunggu anda, kos lantik pengedar, kos promosi dan lain-lain kos yang tidak melibatkan kami.Tiada jaminan sampel produk anda kami dapat buat & urusan ini berakhir dengan penerimaan sampel.
  7. Jika ada produk yang hendak ditiru, hendaklah hantar terus pada kami kerana syarikat tidak menyediakan khidmat membeli atau mencari produk tersebut. Bayaran RM30-40 biasanya akan dikenakan jika nak mengubah atau naik taraf sampel. Tempoh menunggu 2-6 minggu.
  8. Sebahagian bekas, saiz & packing sampel yang diberi tak mewakili saiz yang sebenar. Contohnya:
a) sampel collagen 6g tak mewakili saiz sachet yang sebenar,
b) sampel serum atau toner saiz kandungannya bergantung pada stok bekas yang ada,
c) sampel jus dalam sachet akan diberi dalam botol,
d) tablet akan dihantar dalam beg plastik.

Perhatian:
1. Sebarang produk yang mempunyai tuntutan perubatan perlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
3. Produk makanan & minuman adalah dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Ia dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk kategori makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan.
- Miliki Produk Jenama Sendiri Serendah RM1500.
- MOQ Serendah 50 unit.
- Penghantaran Percuma.
- Tiada caj GST.
- Grafik @ Pereka Grafik Disediakan.
Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib