Pengilang OEM Jenama Sendiri Herba, 
Terbesar Di Malaysia.

(Marketing Division) Office Hour & Whatsapp Only: 

Utama

Izie Herbs Resources (KT0379083-V) adalah anak syarikat kepada Izie Herbs Group. Kami dikhususkan untuk menyediakan 'platform' kepada anda untuk menjadi usahawan OEM (jenama sendiri), Borong, Dropship, Pengedar atau usahasama lain dalam bidang perusahaan herba (ubat-ubatan, kosmetik, makanan & minuman kesihatan).

Sebagai sebuah syarikat bumiputera Islam yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri herba, kami telah menghasilkan banyak produk popular & melahirkan ramai usahawan yang berjaya.

Kesukaran bakal usahawan (seperti juga kami lebih 20 tahun yang lalu) untuk memulakan perniagaan berkaitan herba memberi ilham kepada kami untuk memudahkan kerja anda. Kini, segalanya boleh dilakukan dihujung jari anda dengan bantuan kami.

Anda hanya perlu tumpukan pada pemasaran sahaja, biar kami yang uruskan pengeluaran produk anda dari A hingga Z (formulasi, penyediaan bahan mentah, pemprosesan, reka bentuk produk, pembungkusan, perlabelan, perlesenan, pensijilan, R&D & hakcipta).

Bersama-sama kilang kami sendiri, terdapat lebih 17 sub kilang, 27 pemborong & ratusan pakar pemain industri herba yang terlibat dalam usahasama ini. Kami sentiasa membuka peluang kerjasama pengilangan atau perundingan jika anda ingin mencipta produk melalui kami.

Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib. Produk yang disediakan adalah selamat & berkualiti pada harga yang berpatutan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Perkhidmatan Kami:

✓ Formulasi - Formula atau ramuan sesuatu produk. Anda juga boleh menggunakan formulasi sendiri.
✓ Penyediaan Bahan Mentah - Dari ladang sendiri, diimport dari pengilang dalam & luar negara, pekebun & orang asli. Urusan ini dikendalikan 100% oleh kami.
✓ Pemprosesan - Kilang-kilang bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) dengan mesin-mesin berteknologi tinggi.
✓ Reka Bentuk Produk - Khidmat pereka grafik, jenis botol atau jenis bekas produk mengikut kehendak anda.
✓ Pembungkusan & Perlabelan - Percetakan kotak, sticker produk, shrinking, kotak karton, botol, bekas produk.
✓ Perlesenan & Pensijilan - MAL, NOT, HALAL, Pengkelasan Makanan, Fakta Nutrisi, KKLIU, Sijil Indikasi, IPO Trademark, GMP, HACCP, MESTI, Barkod & Meditag.
✓ R&D - Fasiliti pengilangan & ujian makmal memastikan kajian & pembangunan produk adalah yang terbaik bagi mengekalkan daya saing produk di pasaran.
✓ Penghantaran - Kami mempunyai kontrak penghantaran melalui Poslaju & CityLink.
✓ Kerjasama - Kami membuka peluang kerjasama bagi pengilang (sub), pembekal atau pemborong yang ingin memasarkan produk melalui kami. 
- Miliki Produk Jenama Sendiri Serendah RM1500.
- MOQ Serendah 50 unit.
- Penghantaran Percuma.
- Tiada caj GST/SST.
- Grafik @ Pereka Grafik Disediakan.
Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib